Jom shopping barang home workspace di Shopee!

  • WFH-01_509.png

    Jom shopping barang home workspace di Shopee!

    Ramai daripada kita terpaksa work from home sejak berlakunya pandemik Covid-19. Oleh itu, sebaiknya kita sediakan satu ruangan di dalam rumah untuk dijadikan sebagai home office. Tahukah anda, office setting sebenarnya boleh mempengaruhi mood serta tahap produktiviti kita bekerja?

    Itu lah sebabnya kita perlu lengkapi ruangan tersebut dengan sebaik mungkin. Jadi, apa kata kita shopping barangan set up workspace di Shopee? Jom!




    Laptop Stand
    Perasan tak ada banyak video unboxing laptop stand di Instagram Reels dan TikTok sekarang? Ramai pelajar yang gunakan duit e-belia untuk belinya. Tetapi, laptop stand ni bukan setakat pelajar sahaja yang perlukan, kita yang work from home pun sebaiknya ada satu. Nanti kuranglah sedikit rasa lenguh di bahagian leher dan bahu.

    Laptop Stand Shopee Link





    LED Table Lamp
    Perlukah anda membeli sebuah table lamp walaupun bilik anda sudah terang? Bergantung kepada keadaan lighting bilik anda, sesetengah orang memilih untuk mempunyai lampu kecil tambahan di atas meja supaya kesihatan mata tidak terjejas. Jika anda banyak habiskan masa bekerja atau melakukan aktiviti di ruangan meja, anda boleh pertimbangkan untuk dapatkan table lamp.

    Table Lamp Shopee Link



    Laptop Cooler
    Siapa di sini sering alami masalah laptop overheat? Kebiasaannya, apabila kita banyak menggunakan software yang mungkin sedikit berat (video editing software ataupun designing software), laptop anda mungkin akan terasa sedikit panas. Itu tandanya laptop sedang overheat. Kalau dibiarkan secara berterusan, ia boleh menyebabkan kerosakkan kepada laptop anda. Maka, belilah laptop cooler!

    Laptop Stand Shopee Link



    Meja
    Ini yang paling penting sekali kena ada di ruangan workspace anda. Tak ada meja macam mana nak buat kerja kan? Pastikan meja anda besar dan lapang untuk anda letakkan setiap alatan kerja yang diperlukan, lagi-lagi jika anda jenis yang gunakan dua hingga tiga monitor. Jika meja anda terlalu sesak, mungkin dah tiba masanya anda beli meja yang baharu!

    Meja Shopee Link




    Kerusi Ergonomic
    Ramai sebenarnya yang pandang remeh apabila hendak membeli kerusi untuk kegunaan harian. Jika anda sering mengalami sakit belakang, ia bermakna kerusi yang anda gunakan tidak memberi sokongan yang sepatutnya. Sejak kita work from home, banyak masa dihabiskan dengan aktiviti duduk menyiapkan segala tugasan kerja bukan? Kalau anda mahukan keselesaan yang berpanjangan, anda boleh dapatkan kerusi ergonomic. Lepas ini, tak ada dah masalah sakit belakang!

    Kerusi Ergonomic Shopee Link



    Phone Holder
    Dalam kereta, kita ada phone holder. Layan Netflix pun kita pasangkan smartphone ke phone holder jadi tak ke lebih afdhal jika kita sediakan satu phone holder untuk tujuan pekerjaan? Sekurang-kurangnya setelah pasang pada phone holder, skrin smartphone akan berada pada aras yang sama dengan laptop kita. Tak ada lah kita nak terpusing-pusing lihat laptop, lihat smartphone.

    Phone Holder Shopee Link



    Wireless Earphone
    Perasan tak wireless earphones jenama Baseus sekarang semakin popular dalam kalangan masyrakat Malaysia? Ramai rupanya yang gemar dengan earphones warna-warni ya. Jika ada di antara anda yang mencari wireless earphones untuk kegunaan kerja, and boleh cuba Baseus wireless earphones! Kalau nak cuba brand lain juga boleh.

    Wireless Earphone Shopee Link


    Webcam
    Semenjak kita work from home, semua jenis perbincangan dan meeting perlu diadakan secara online. Ada yang boss minta untuk pasang webcam supaya dapat lihat diri masing-masing sewaktu meeting dijalankan. Jadi, mana yang webcam pada laptop sudahpun rosak atau tidak berfungsi, boleh lah dapatkan satu di Shopee ya. Penting adanya webcam ni.

    Webcam Shopee Link


    Keyboard
    Selain dari laptop stand, keyboard juga adalah salah satu barangan yang banyak dibeli oleh masyarakat Malaysia. Oleh sebab laptop diletakkan di atas laptop stand yang sedikit tinggi, maka ramai berpendapat bahawa mempunyai keyboard berasingan memudahkan mereka untuk lakukan aktiviti menaip. Tapi ada juga yang saja-saja beli untuk cuba.

    Keyboard Shopee Link



    Mouse Pad
    Kita throwback ke zaman dahulu di mana mouse pad kebiasaannya bersaiz kecil atau medium. Ha, sekarang ni kita dah ada mouse pad yang bersaiz besar. Ada yang boleh cover ruangan komputer lagi, tak ke besar tu! Puas lah guna mouse! Kalau ada yang berminat untuk beli, boleh dapatkannya di link di bawah.

    Mouse Pad Shopee Link

    Haa best kan semua barang ni? Boleh survey jugak barang lain yang ada dekat Shopee. Yang penting barang ni semua boleh memudahkan kerja! Bekerja dari rumah pun jadi best! Jangan lupa share dekat kawan-kawan untuk dapat lagi banyak inspirasi. Jangan stress-stress tau!

Recognised by:
2-2B, Tower 9, UOA Business Park, 1 Jalan Pengaturcara U1/51A, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia