Gaji atau Pangkat lebih penting?

  • ARTICLE photo-01_129.png

    Gaji atau Pangkat lebih penting?

    Tak dinafikan, isu ni sangat subjektif. Lain orang, lain pendapat dan lain situasi yang perlu diambil berat. Contohnya kalau seseorang yang sudah bekeluarga dan ada komitmen, mesti lah lebih mementingkan gaji kan? Yelah, macam mana pun, kena selesaikan komitmen dulu.

    Tapi kalau masih kurang komitmen yang perlu dipikul, masih bujang, selalunya akan memilih pangkat dari gaji. Antara sebabnya adalah dapat membuka ruang untuk mereka bergaul rapat dengan "bos bos" dan "decison makers" tu kuat lah sikit kan.


    gaji

    Sedikit sebanyak memberi mereka peluang juga untuk meminta gaji yang tinggi pada masa hadapan. Bagi mereka, win win situation lah. Pangkat pun dapat, naik gaji pun dapat! Tapi itu pun berdasarkan prestasi kerja mereka. Kena ingat ye, pangkat yang tinggi bermaksud memegang tanggungjawab yang lebih tinggi. Bukan boleh lepas tangan je.



    stress at work

    Sebaiknya, anda minta nasihat dari ahli keluarga yang terdekat atau kawan-kawan yang berpengalaman dan yang boleh memberi nasihat yang membina berdasarkan profil syarikat, keadaan ekonomi dan peribadi.

    "Syarikat ni jaga kebajikan pekerja atau tidak?"

    "Syarikat ni boleh survive ke dalam masa 5 tahun akan datang?"

    "Cukup ke gaji yang ditawarkan untuk perbelanjaan harian keluarga anda, untuk bayar kereta, bil telefon dan untuk simpanan hujung bulan?"

    Elakkan dari meminta nasihat dari orang yang berfikiran negatif. Takut nanti anda yang rasa "demotivated".

    So, kesimpulannya?

    Kesimpulannya, gaji dan pangkat ni dua-dua penting sebenarnya untuk perkembangan kerja anda. Kalau dapat dua-dua memang rezeki! Tapi kalau kena pilih, pilih lah kerja yang dapat membahagiakan anda. Sebab kerja ni sampai bila-bila tak akan habis. Memang lah tak ada kerja yang "perfect". Tapi sebaiknya cuba untuk memandang kearah positif.

    Apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal anda. Tak guna jugak pangkat yang tinggi kalau selalu stress bila bekerja. Dan tak guna jugak gaji yang tinggi kalau anda bekerja macam hamba abdi. Betul tak?

    Jom lah sign up dengan pickus! Anda boleh bina profil peribadi anda dan iklankan diri anda. Semuanya di pickus.io! Tunjukkan anda yang terbaik, biar majikan yang cari anda!

Recognised by:
2-2B, Tower 9, UOA Business Park, 1 Jalan Pengaturcara U1/51A, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia