Pekerjaan Gig raih populariti mendadak di Malaysia

  • pekerjaan gig-01_518.jpg

    Pekerjaan Gig raih populariti mendadak di Malaysia

    Ramai yang terjejas dari segi sumber pendapatan setelah wabak Covid-19 melanda di seluruh dunia. Ada yang terpaksa diberhentikan kerja, perniagaan merudum dan banyak lagi. Perkara ini menyebabkan sesetengah masyarakat beralih kepada pekerjaan gig.

    job malaysia

    Seorang pengguna Twitter, @JustAkifff baru-baru ini menyenaraikan jenis pekerjaan gig yang ada di Malaysia. Tanpa kita sedari, wujudnya pekerjaan gig yang lain di luar sana selain daripada Grab atau Foodpanda. Malah, ada yang menyatakan bahawa pekerjaan ini mampu menjana pendapatan yang lebih banyak berbanding sektor lain.


    1. Penghantar makanan serta barangan / pemandu

    Lalamove

    Lalamove merupakan servis penghantaran makanan dan barangan yang ditempah. Berbeza dari servis seperti NinjaVan dan JNT, anda hanya perlu berdaftar dengan syarikat Lalamove dan memuat turun aplikasi di telefon bimbit untuk menerima informasi mengenai penghantaran yang perlu dilakukan.

    TheLorry

    TheLorry memudahkan orang ramai untuk melakukan urusan memindah serta mengangkut barangan dalam jumlah yang banyak. Pengguna boleh memilih antara lori, van atau kenderaan 4x4 yang bersesuaian dengan jumlah barang yang hendak dibawa.

    Jika berminat, anda boleh berdaftar sebagai seorang ‘affilite’ dan raih keuntungan untuk setiap tempahan yang dilakukan menerusi pautan link yang anda terima. Anda juga boleh meminta untuk menjadi pemandu di TheLorry.


    Riding Pink

    Riding Pink adalah servis e-hailing yang ditubuhkan pada tahun 2016 khas buat golongan wanita sahaja. Selain daripada e-hailing, ia juga menawarkan servis-servis lain seperti penghantaran barang dan personal shopper. Malah, pelanggan juga boleh mencari servis berpantang. Golongan wanita yang berminat untuk melakukan pekerjaan gig dengan Riding Pink boleh ke laman sesawang rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

    2. Freelance / Perkerjaan Sambilan

    GoGet

    Jika anda tengah mencari jenis pekerjaan sambilan, anda harus ke laman sesawang GoGet untuk lihat peluang pekerjaan yang ada. Jenis-jenis pekerjaan tersebut terdiri daripada pelbagai bidang membolehkan anda mempunyai pilihan yang banyak untuk dipilih. Antaranya adalah pekerja sambilan bagi bisnes-bisnes tersohor di Malaysia serta pekerjaan gig kecil-kecilan yang juga mendatangkan keuntungan yang banyak.

    iStock

    Bagi mereka yang pakar dalam fotografi dan ilustrasi, ini adalah peluang anda untuk menjual hasil kerja anda ke laman Internet. iStock adalah sebuah platform di mana anda perlu berdaftar untuk memuat naik hasil rekaan dan pembayaran akan dibuat jika imej atau ilustrasi tersebut dimuat turun oleh pengguna iStock yang lain.

    Supahands

    Supahands adalah platform yang boleh anda ambil kira jika anda mahukan jenis pekerjaan yang lebih kecil dan tidak terlalu membebankan. Untuk menjadi seorang SupaAgent, pertama sekali anda perlu berdaftar dan menduduki satu ujian. Setelah itu, anda boleh memohon untuk menyertai projek yang ada. Selesaikan tugasan yang diberi dan terima bayaran bulanan anda.

    3. Sosial


    Locum

    Plaform Locum lebih tertumpu kepada mereka yang berada dalam bidang kedoktoran dan kesihatan. Ia menghubungkan hospital dan klinik di negara kepada kumpulan staf kesihatan seperti doktor dan jururawat yang mahu melakukan pekerjaan ini secara sambilan. Setelah mendaftar, anda boleh memilih jenis pekerjaan serta lokasi hospital atau klinik yang dimahukan.

    Teman

    Teman bukanlah satu pekerjaan gig yang mainstream di Malaysia. Syarikat ini fokus terhadap perkhidmatan bagi golongan warga emas. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti melakukan tugasan harian, menghadiri temu janji hospital serta meluangkan masa bersama mereka. Anda boleh membuat permohonan untuk menjadi salah seorang teman di laman sesawang mereka.

    4. Tutor

    Snapask


    Jika anda mempunyai minat atau pengalaman mengajar, anda boleh berdaftar sebagai tutor di Snapask. Muat naik dokumen anda dan mengajar sewaktu tempoh percubaan selama seminggu terlebih dahulu. Selepas lulus tempoh percubaan, anda boleh laksanakan sesi pelajaran.

    Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai jenis pekerjaan gig yang boleh anda jadikan sebagai sumber pendapatan jika pekerjaan anda terjejas dengan pandemik ini.

    Tetapi lebih penting, jangan mudah putus asa dan teruskan usaha anda!

Recognised by:
2-2B, Tower 9, UOA Business Park, 1 Jalan Pengaturcara U1/51A, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia