Minggu lepas kita dah lihat list barangan yang patut anda beli untuk set up workspace di rumah. Tapi artikel ini, kita dedikasikan kepada fanatik-fanatik pink di luar sana yang dah lama teringin nak ada workspace versi merah jambu!
Mesti ada yang, "eh semua pink? tak pening kepala ke nanti". Tapi sebenarnya kan, workspace versi pink ni cantik juga tau! Kalau tak percaya, cuba google dan lihat design setup bilik warna pink. Haa, nice kan?
Okay, jom tengok jenis barang yang patut korang ada!
Meja
Kita mulakan dengan meja dulu sebab kalau tak ada meja, macam mana lah nak set up workspace kan? Haa jadi ni item yang wajib ada dalam home office anda. Terpulang juga kepada anda jika mahu beli meja yang berwarna lain. Mungkin meja warna putih juga boleh match dengan workspace pink?
Link Shopee Meja Pink
Kerusi
Meja dengan kerusi ni dah kira macam satu pasangan lah, kalau salah satu tak ada maksudnya tak lengkap lah tu ya. So meja dah settle, perlu cari kerus pink pula. Dalam sibuk memilih kerusi tu, cari lah kerusi yang boleh memberikan keselesaan kepada anda sewaktu bekerja. Kalau tak, guarantee sakit pinggang nanti.
Link Shopee Kerusi Pink
Keyboard & Mouse
Kalau nak tukar ke laptop berwarna pink semata-mata nak matching dengan pink workspace mungkin tak mampu (hehe), so kita cari keyboard dan mouse pink pun jadi lah ya. Ada banyak jenis design yang anda boleh dapatkan dekat Shopee, ikut kepada taste dan pilihan anda okay!
Link Shopee Keyboard & Mouse Pink
Mini Drawer
Kalau anda jenis yang suka simpan barang yang banyak di atas meja, mungkin anda boleh dapatkan sebuah mini drawer. Sekurang-kurangnya meja anda tidak akan kelihatan berselerak. Pada masa yang sama, anda boleh susun barang yang ada mengikut compartment berasingan.
Link Shopee Mini Drawer Pink
Hanging Shelf
Rasanya dah cukup hias meja kerja, sekarang kita beralih kepada dinding pula. Tak best lah kan kalau biar dinding kosong je, apa kata anda dapatkan hanging shelf? At least boleh susun buku atau frame gambar. Nak letak pokok bunga pun boleh juga! Cantik lah sikit workspace anda nanti.
Link Shopee Hanging Shelf Pink
Lepas dah add semua barang tadi to cart, boleh mula planning bagaimana nak design workspace anda. Di sini ada beberapa gambar contoh yang mungkin boleh anda jadikan sebagai inspirasi sewaktu anda design nanti.
Kredit Gambar: pinterest.com